Announcement

Event Detail

SEMARAK IHYA RAMADAN 2.0




  • Semarak Ihya’ Ramadan merupakan acara tahunan KPJ Seremban Specialist Hospital. Bermula dengan Tadarus Al-Quran pada 1 Ramadan di peringkat KPJ Seremban dan akhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh staf KPJ Seremban yang diadakan pada Majlis Semarak Ihya’ Ramadan ini.
 
  • Majlis Perasmian Semarak Ihya’ Ramadan  ini disempurnakan oleh YB Dr Mohamad Rafie B. Abd Malek, ADUN Ampangan. Majlis turut diiringi oleh  barisan pengurusan tertinggi KPJ Seremban iaitu oleh Pengarah Eksekutif KPJ Seremban , Tn Hj Khairun bin Ahmad, Pengarah Perubatan KPJ Seremban Prof Dr Wan Hazmy Che Hon dan Pn Maisarah bt Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban.
 
  • Antara tetamu yang hadir mengimarahkan Majlis Semarak Ihya’ Ramadan kali ini ialah Kumpulan MADAEH JAFARIYAH, Akademi Tahfiz Tafaqquh As Saadah, Ustaz Shasainie Siau B. Abdullah, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Negeri Sembilan (MACMA) , Ustaz Norazmi bin Hj Musa , Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, Encik Mohd Shukri bin Abu Hasan selaku Guru Pengiring daripada Rumah Anak Yatim Asnaf Murni Sendayan , Doktor Pakar Perubatan KPJ Seremban, Ketua Jabatan dan Peserta Tadarus Al Quran KPJ Seremban bagi tahun ke 4.
 
  • Aktiviti-aktiviti lain yang akan djalankan untuk program ini adalah seperti gotong royong memasak bubur lambuk yang akan dimulakan seawal jam 8:00pagi diperkarangan parkir bangunan baru Hospital Pakar KPJ Seremban,Pengagihan bubur lambuk tersebut akan dibuat di ruang lobi KPJ Seremban untuk pesakit dan pelawat. Seterusnya dikuti dengan  ceramah Agama oleh Ustaz Nor Azman Bin Mohamad, iaitu Pengarah Urusan Imtiyaz Tarbiyyah Centre . 

     
  • Pengisian lain bagi program ini ialah penyampaian zakat perniagaan Hospital Pakar KPJ Seremban kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan berjumlah RM255,000, penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf serta sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Asnaf Murni Sendayan. Selain daripada itu sumbangan-sumbangan lain yang diberikan adalah kepada Pertubuhan Cina Muslim Negeri Sembilan (MACMA) , sumbangan Amal Ramadan Mutiara Jcorp kepada kakitangan KPJ Seremban yang kurang bernasib baik dan sumbangan barang keperluan kepada asnaf-asnaf yang lain.

     
  • Sumbangan-sumbangan tersebut merupakan hasil daripada sumbangan KPJ Seremban, Mutiara Jcorp dan Doktor-Doktor Pakar KPJ Seremban.

     
  • Kempen Satu Staff Satu Barang yang telah memasuki tahun yang kelima mendapat sambutan yang agak mengalakkan pada tahun ini. Barangan kempen ini akan diagihkan secara berperingkat kepada golongan asnaf dan miskin di sekitar Negeri Sembilan bermula hari ini dan seterusnya pada hari isnin depan dikawasan Rembau Negeri Sembilan. Anggaran lebih daripada 40 keluarga akan mendapat manfaat hasil sumbangan barangan asas oleh kakitangan serta pesakit Hospital Pakar KPJ Seremban