Announcement

Event Detail

BREASTFEEDING CELEBRATION AT PALM HOTEL ON 17 AUGUST 2017




Untuk mengakhiri sambutan Kempen Penyusuan Ibu Peringkat KPJ Seremban 2017 pada tahun ini,telah diadakan  forum “Sembang santai bersama Bintang Akademi Fantasia Musim Ke-6, Nubhan Ahmad bersama isteri beliau Dr Afifah Hidayah bt Ahmad Tawfel yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan seberat 3.02kg pada 9:45malam ,10 Mei 2017 yang lepas. KPJ Seremban juga menjemput Pn Hazmizar Bakar yang merupakan Ketua Jurutera Produksi di Petronas Carigali yang telah berjaya mengekalkan menyusukan bayi beliau secara eksklusif selama 6 bulan tanpa campuran susu formula atau makanan tambahan yang lain.  Forum ini bertujuan untuk berkongsi tip bagaimana mengekalkan dan memperbanyakkan susu ibu bagi membolehkan ibu membekalkan susu ibu kepada bayi sekurang-kurangnya sehingga umur bayi mencecah 2 tahun. Ibu-Ibu yang berkerjaya dan juga suri rumah akan berkongsi tips dan pendapat berkenaan dengan keberkesanan susu ibu bagi pembesaran anak-anak.